Story Seorang Ayah





Kisah seorang Ayah yg bergelar 'PAPA'.Papa ini bukan orang yang pandai tetapi papa rajin bekerja untuk menyara seorang isteri dan 2 anak nya .Semasa itu papa hanya bekerja sebagai pemandu teksi,demi menyara keluarga papa sanggup bersengkang mata siang dan malam membawa teksi dan masa tidur nya hanya 4 jam utk 1 hari .Walaupun papa penat tetapi papa tak pernah mengeluh .

Pada suatu hari,papa tiba-2 pulang awal dan memberitahu pada isteri nya yang dia tidak sihat .Selepas beberapa hari penyakit nya bertambah teruk dan papa mengambil tindakan untuk pergi berjumpa doktor.Papa dan isteri nya pergi lah ke hospital bersama-sama .Papa diberitahu oleh doktor yg dia mempunyai masalah kerosakkan buah pinggang lalu menitis air mata si papa ini dan tidak dpt menerima knyataan . Papa ditahan di hospital utk pembedahan dan disamping itu papa mendapat berita gembira yg isteri nya mengandung utk anak yg ke-3.

Selepas dari itu,papa telah terpaksa menukar rutin harian nya dengan pergi membuat rawatan hemodialisis . Hampir setiap hari papa mengenangkan nasib nya kerana dia sudah tidak mampu bekerja dan terpaksa menjalani rawatan 3 kali dalam 1 minggu.Selepas itu,papa telah berjumpa dengan rakan lama nya dan diajak utk menjadi seorang pengedar dadah jenis ganja .Mula-2 papa menolak selepas memikirkan keluarga dia terpaksa terima .

Selepas 10 tahun,sakit papa semakin teruk .Suatu hari,semasa papa sedang berehat tiba-2 dia pengsan dan dikejar kan ke hospital .Papa di letak kan di UNIT RAWATAN RAPI(ICU).Hampir sebulan papa tidak sedar kan diri. Pada suatu hari papa tiba-2 seperti dada nya ditarik ke atas,rupa-2 nya itulah hari terakhirnya.Tanpa meninggalkan pesan ia pergi dan menghembuskan nafas nya yang terakhir.Dan berakhirlah kisah seorang Ayah yg bergelar papa,walaupun dia tidak meninggalkan harta apa-2 utk keluarga tapi jasa nya sentiasa dikenang.