Story Cinta Kau Dan Aku




Kisah cinta antara si R dgn si E.Ia bermula dari satu pandangan yang membuat si R ini tertarik dengan si E.Tetapi si R ini akan menjadi seorang yang pemalu apabila dia ingin  berhadapan dengan perempuan,lagi-lagi perempuan yg dia suka.Lalu si R pun berfikir bagaimana dia ingin memikat si E,sedang kan dia malu untuk berhadapan. Sambil-sambil si R ini berfikir,tiba-2 datang rakan nya si H.Tersenyum besar si R apabila nampak rakan nya si H datang kerana sudah dapat idea,si R ini tahu sangat yang si H ini seorang yang pantang dicabar.Lalu si R berkata kepada si H "Kalau kau berani,kau tolong aku mintak nombor telefon si E".Tanpa berfikir banyak si H pergi ke arah si E dan bercakap dengan si E.Semasa itu perasaan si R sungguh gementar kerana ingin tahu apa keputusan si E,setiba nya si H kembali,si R terus bertanya kepada si H "Mana nombor nya ?" lalu si H menjawab "Aku tak mintak nombor telefon dia tapi aku cuma suruh dia add facebook kau je".

Si R terus terdiam dan terfikir-fikir,adakah dia mampu untuk miliki si E kerana kata hati nya kuat berkata yang dia tidak mampu.Tetapi tanpa tidak disangka-sangka si E telah menghantar sms pada telefon bimbit si R dan si E menyata kan bahawa dia dapat nombor telefon si R dari laman facebook nya.Dengan perasaan yang penuh gembira,si R mula dengan berkenal-kenalan dari telefon.Selepas beberapa hari si R dan si E kenal,si R membuat keputusan untuk meluahkan perasaan nya terhadap si E.Lalu si R sms lah si E dan meluahkan segala isi hati nya kepada si E.Selepas itu,si E meminta masa dua hari untuk dia berfikir dan si R pon setuju.Selepas dua hari,si E pon memberi keputusan iaitu dia setuju untuk menjadi pasangan si R tetapi dengan syarat si R ini mesti jujur dan setia pada nya.Dengan perasaan yang gembira,si R ini sedia terima syarat si E.

Pada 1/10/2011,si R dan si E ini telah menjadi pasangan bercinta.Semasa mereka dalam dunia percintaan mereka menempuhi pelbagai dugaan,disebabkan semua dugaan itu juga si E ini telah berubah hati.Perasaan sayang si E terhadap si R seolah-olah semakin hilang.Dan pada 7/12/2011 hubungan mereka telah musnah,segala janji dan sumpah si E terhadap si R telah di mungkiri.Kini si R tetap bersabar dan menahan segala duka,hanya tuhan sahaja yang tahu betapa payah untuk melupakan seseorang yang kita amat sayang.Si R telah bertekad yang dia tidak akan berputus asa untuk memiliki si E semula.Pintu hati si R sentiasa terbuka untuk menerima si E kembali......